Perutusan Pengurus Masjid Jamek Al Amaniah

Maal Hijrah 1436H


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat melayari Blog kepada pimpinan dan ahli kariah Masjid Jamek Al Amaniah dan semua kaum muslimin dan muslimat yang membaca perutusan Maal Hijrah 1432H ini. Pertamanya marilah kita merakamkan jutaan kesyukuran kerana dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan sehingga masih lagi dapat menyelesaikan tanggungjawab sebagai pimpinan dan perhambaan kita kepada Allah S.W.T. Mudah-mudahan Allah menerima ibadah kita dan memanjangkan usia kita . Wa kullu am wa antum bikhair.


Allah menjadikan dalam din-Nya ini unsur-unsur dan perkakasan yang jika diperkasakan akan memberikan kekuatan kepada penganutnya. Meskipun umat Islam telah melalui berbagai dugaan, peperangan, pemusnahan, kejatuhan, kemunduran, fitnah dan sebagainya, namun ia tetap mampu bertahan dan masih dikira sebuah umat yang terunggul.

Ini adalah kerana hikmah Allah yang menjadikan survival umat ini ada pada ajaran agamanya. Selama umat Islam beramal dengan sungguh-sungguh dengan agama Islam, selama itu mereka tidak akan dikalahkan. “Sesungguhnya Kami yang menurunkan peringatan dan Kamilah yang akan memeliharanya” (al-Hijr: 9). Mungkin mereka lemah oleh perpecahan dan hilang kepimpinan, namun lambat laun mereka akan kembali berkuasa bila diberi peluang untuk bersatu dan dikurniakan pemimpin rabbani.


Saya ingin menegaskan kepada pimpinan, rakan dan umat Islam bahawa inilah fikrah dan keyakinan pimpinan Masjid Jamek Al Amaniah. Kekuatan umat ini akan dapat dikembalikan apabila kita dapat mendidik mereka dengan wasilah atau wahana kekuatan yang menjadi tiang agama ini sendiri. Inilah manhaj dakwah kita dan inilah seruan kita yang sangat jelas…satu-satunya cara untuk mengembalikan kekuatan dan kekuasaan umat Islam ialah dengan mengembalikan mereka kepada Islam dan mendidik mereka dengan berbagai wasilah kekuatan yang ada di dalamnya.


Saya berharap pimpinan Masjid Jamek Al Amaniah dan umat Islam di seluruh negara telah mengambil

kesempatan yang maksima menimba bekalan untuk menyambung perjuangan mengembalikan kehidupan Islam dalam realiti. Saya juga berharap Mujahadah juga telah memberikan umat ini kekuatan untuk berdepan dengan serangan ganas musuh Islam yang tidak putus-putus. Saya yakin selama mereka berpegang dengan ajaran Islam mereka tidak akan dapat dikalahkan. Saya juga ingin tegaskan bahawa jalan perjuangan kita sangat jelas. Perjuangan mengembalikan penghayatan Islam dalam realiti kehidupan sehingga ia menjadi satu kekuatan tamadun yang berdaulat. Islam adalah agama yang sudah lengkap. Kita tidak perlu mencari jalan yang lain daripada Islam. Dalam perjuangan ini, tiada apa yang perlu kita tokok tambah. Tugas kita ialah menampilkan qudwah dan kepemimpinan kepada masyarakat dalam menghayati Islam yang sebenarnya dalam seluruh bidang kehidupan. Islam adalah ibadah, akhlak dan kebajikan. Islam adalah amar makruf nahi mungkar. Islam adalah kasih sayang, Islam adalah jundiyyah (keperwiraan terpimpin). Islam adalah persaudaraan. Islam adalah kekeluargaan. Islam adalah ketangkasan pemuda. Islam adalah khusyuk dan warak. Islam adalah kecerdasan jasmani, rohani dan mental.


Islam adalah keusahawanan. Islam adalah pengabdian dan hubungan dengan Allah. Dan seterusnya lagi… Saya juga ingin memperingatkan saudara/i semua berkenaan adab-adab seorang muslim. Allah Maha Besar. Tiada tipu daya yang lebih dahsyat berbanding mengabaikan pengertian ini. Oleh itu janganlah kita terikut-ikut dengan amalan orang yang jahil dalam masyarakat kita mengamal islam mengikut nafsu.. Selain itu, tahun ini keadaan bala inflasi yang semakin tinggi, kuasa membeli semakin rendah dan harga barang semakin tinggi. Oleh itu berpada padalah dalam berbelanja. Masingmasing ukur kemampuan sendiri. Janganlah sampai kita terpaksa berhutang yang akan membawa penyesalan pada kemudian hari. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita diselamatlam daripada wabak, bala dan inflasi..


Akhirnya marilah kita tidak melupai saudara-saudara kita yang berada dalam kesusahan di mana jua mereka berada terutama di Palestin, Iraq, Kasymir, Chenchnya, Bosnia, Filipina, selatan Thai, Kemboja dan di mana sahaja mereka mereka berada. Tidak lupa kepada ikhwan dan saudara perjuangan Islam yang dipenjara dan dizalimi seperti di Mesir dan dibuang negara seperti di Tunis.


MASJID JAMEK AL-AMANIAH, GOMBAK

JAWATANKUASA PENGIMARAHAN

PENGURUS
MUHD KHAIRUL HAFIZ BIN KAMIS

PENOLONG PENGURUS
MOHAMAD NAIM BIN MOHD SARWANA

PEMBANTU PENGURUS (KEWANGAN)
HJ NISRAN BIN ABD HAMID

PEMBANTU PENGURUS (PENGURUSAN)
ABDUL HADI BIN BAHARUDIN

PEMBANTU PENGURUS (PENGURUSAN)
MOHD FAKRUR RAZI BIN SAPARUDDIN

KERANI AM
NOOR ASRINA BINTI MOHD NADZRI



PEGAWAI MASJID KARIAH

IMAM KARIAH I
UST. MOHD KAMAL BIN AHMAD

IMAM KARIAH II
UST. ZULKIFLI BIN MOHAMAD

IMAM KARIAH III
UST. HJ. MUSTAFFA KAMAL BIN JAMALUDDIN


MUAZZIN KARIAH I
MOHD FADZIL BIN YATIM

MUAZZIN KARIAH II
MOHAMAD ROHAIZAD BIN REZUAN

MUAZZIN KARIAH III
AKHASAN BIN HJ ALI


SIAK KARIAH I
HJ IBRAHIM BIN SALLEH

SIAK KARIAH II
SADRI BIN HASHIM


LAJNAH

DAKWAH DAN KEROHANIAN
MOHD FAKRUR RAZI BIN SAPARUDDIN

PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
HJH. ROHANI BINTI MORAT

PENGURUSAN JENAZAH DAN KHAIRAT
HJ RAMLAN BIN SUPARMAN

TEKNIKAL, SIARAYA DAN MULTIMEDIA
HJ WAN ISMAIL BIN IDRIS

PENYELENGGARAAN DAN KESELAMATAN
AZLIHAN BIN TONO

EKOMONI DAN USAHAWAN
HASSAN BIN MOHD ALI

KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
HJ ISMAIL BIN MAT

AMAR MAARUF DAN NAHI MUNGKAR
FARHAN BIN MOHAMAD MINDAKON

PROTOKOL DAN KERAIAN
MAJID BIN MAULANI

HAL EHWAL BELIA, SUKAN DAN REKREASI
KHAIRUL JEFRI BIN ISMAIL (PEMANGKU)

PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA
HJH. PATIMAHWATI BIN MANAF


AUDIT DALAM
HJ OTHMAN BIN HJ SAMSUDIN
AZMAN BIN LIAS
No posts.
No posts.